Karnival UDA USHANIAGA Keluarga Malaysia : PM teruja mencuba Jaket Eksklusif Tanpa Gosok @ IDZU9/14/2022 KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2022 – Jenama fesyen terbaru, IDZU yang diilhamkan oleh Dr Khairul Idzwan Baharin melancarkan jaket eksklusif tanpa gosok buat peminat-peminat jaket vintage di Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia, Udeon Walk Kuala Lumpur pada 26 sehingga 28 Ogos lalu. Program Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yang turut sama singgah ke booth IDZU bagi mencuba sendiri jaket edisi terhad keluaran IDZU.
Kehadiran jenama IDZU di Karnival ini bagi memperkenalkan jaket keluaran tempatan yang memiliki material kualiti tinggi dengan jahitan yang kemas dan design eksklusif selain sesuai digayakan cuaca di Malaysia. Jenama IDZU akan bersama dalam pelbagai roadshow sepanjang tahun ini bagi bertemu peminat-peminat jaket vintage seluruh Malaysia dengan pakej-pakej yang menarik dan harga istimewa. Dalam temubual bersama Dr Khairul Idzwan Baharin, beliau menjemput masyarakat untuk tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam roadshow yang bakal disertai sepanjang tahun di kawasan-kawasan terpilih.
0 Comments
Leave a Reply. |
ArchivesCategories |
ABOUTHome
Business OpportunityAcademy |
SOCIAL |
CUSTOMER SUPPORT |
Official Website of CytoLife by Cell Tissue
Copyright © 2024 CTTSB. All Rights Reserved. CYTOLIFE WELLNESS
202403078473 (003587987-P) |